Paparan Kehidupan Para Sahabat r.hum

Ahad, 25 Ogos 2013

Lama menyepi..qunut nazilah untuk saudara saudara kita di mesir

Himpunan Rakyat Memimpin Revolusi Mesir

Semalam (Jumaat) 23 Ogos, menyaksikan jutaan rakyat keluar ke seluruh jalanraya di Mesir bagi membantah rampasan kuasa dan menentang pemerintah tentera. Perhimpunan semalam dinamakan “JUMAAT SYUHADA’ sempena memperingati rakyat yang telah syahid di medan Rabaah, Nahdhah dan seluruh medan lain di Mesir.
Sebelum hari perhimpunan sudah ribuan pimpinan Ikhwan Muslimin dan tokoh-tokoh yang menentang rampasan kuasa ditangkap dan ditahan dalam lokap. Rakyat Mesir kini sudah tidak takut lagi, biarpun hampir 10,000 sudah ditangkap, mereka tetap keluar menyatakan bantahan mereka.
Demo “JUMAAT SYUHADA” yang mendapat sambutan hangat dan memperlihatkan tentera tidak mampu untuk menyekat lebih daripada 300 Perarakan di seluruh Mesir. Demo diteruskan dgn tema “RAKYAT MEMIMPIN REVOLUSI”. Tema ini dipilih setelah majoriti pimpinan ikhwan dan gabungan telah ditangkap.
Pakatan pro Morsi menyatakan tangkapan pimpinan tidak memberi kesan kepada usaha mereka untuk terus menekan kerajaan kudeta, bahkan rakyat sendiri yang akan menerus dan memimpin revolusi ini.
12345678910Mesir Terkini
- See more at: http://wanfauzi.com/himpunan-rakyat-memimpin-revolusi-mesir/#more-2515

Selasa, 4 Jun 2013

Alhamdulillah

Akhirnya siap jgk skrip emcee aku untuk majlis khatam bukhari nanti.. Debar jgk rasanya kerana  inilah kali pertama aku jadi pengacara majlis..tapi takpa peluang jangan dilepaskan .. Kita tunggu dan lihat.. harap-harap berjalan dengan lancar.. amin..

Isnin, 3 Jun 2013

hari lahir blog ku

Ini kali pertama aku mempunyai blog sendiri, dah lama terfikir untuk memiliki blog untuk jadikan ruang berkongsi apa-apa shj maklumat,ilmu,pengalaman dan pendapat